Cara menternak lebah kelulut

Cara menternak lebah kelulut. [Video] (2021)



Abstract

Penternakan madu kelulut secara sambilan di rumah boleh mendatangkan pendapatan kepada Cikgu Rosman.
Berbeza dengan madu biasa, madu kelulut mempunyai khasiat tersendiri dan apa yang menakjubkan ia dihasilkan oleh lebah yang tidak menyengat. Perlu untuk diketahui bahawa terdapat 80 spesies madu kelulut di Malaysia namun hanya kurang daripada 10 spesies yang boleh menghasilkan madu kerana selebihnya berfungsi sebagai ejen pendebungaan. Nama saintifik lebah kelulut ialah Trigona spp dan ia boleh diternak atau dijumpai secara liar. Secara amnya, hanya dua jenis lebah kelulut yang sering dikomersialkan kerana kualiti madunya yang diyakini iaitu dari spesis Heterotrigona itama (disebut itama) dan spesis Geniotrigona thoracica (disebut torasika). Rata-rata penternak mengatakan bahawa spesis ini mampu menghasilkan madu serta roti lebah (sarang) yang banyak serta berkualiti. Spesies torasika dikatakan mampu terbang tinggi dan jauh dalam radius 1 kilometer dan menghasilkan madu dalam jangka masa yang singkat. Bagi spesies itama pula, ia bersaiz lebih kecil dan bergerak perlahan namun kedua-dua spesies ini sesuai untuk diternak dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, tidak hairanlah pulangan daripada kedua-dua spesies ini amat memberansangkan. Ikuti video beliau.

Item Type: Video
Keywords: Madu Kelulut, Stingless bee, Keusahawanan
Taxonomy: By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Anatomy
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Behavior
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Breeding
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Diseases and Pests
Local Content Hub: Niche > Kelulut (Stingless Bee)
Depositing User: Norairin Natasya Zulkifli
Date Deposited: 01 Dec 2025 14:37
Last Modified: 01 Dec 2025 14:37
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item