Jana niaga: bantuan usahawan terjejas akibat pandemik covid-19

Jana niaga: bantuan usahawan terjejas akibat pandemik covid-19. [Website] (2020)



Abstract

Program JANANIAGA merupakan platform usahawan meluaskan rangkaian serta mempromosikan perniagaan terutama bagi membantu golongan sasar yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19 sekaligus dapat menjana pendapatan usahawan. JANANIAGA telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun, Pengerusi MARA, di Dewan Pa’ Musa, Beaufort, Sabah. Program selama dua hari dibahagikan kepada beberapa segmen iaitu pameran dan gerai jualan, bengkel dan klinik keusahawanan serta sesi padanan perniagaan.Dalam majlis tersebut, YB. Pengerusi MARA telah menyerahkan surat tawaran serta cek pembiayaan kepada 12 usahawan yang telah mendapat kelulusan pembiayaan perniagaan mereka. Keseluruhan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan oleh MARA bagi daerah Beaufort adalah bernilai RM802,000.00.

Item Type: Website
Keywords: Usahawan Bumiputera, Usahawan mikro, Dana pinjaman, Impak pandemik
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 12 Oct 2021 23:44
Last Modified: 17 Oct 2021 06:31
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item