Nicholas dipilih Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Adat Kaum Melanau Dalat sesi 2025-2027

Nicholas dipilih Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Adat Kaum Melanau Dalat sesi 2025-2027. [Newspaper] (2025)



Abstract

SIBU: Nicholas Bamphield dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Adat Kaum Melanau Dalat bagi sesi 2025-2027.

Persatuan Kebudayaan dan Adat Kaum Melanau Dalat baru sahaja ditubuhkan dan diluluskan perdaftaran pada bulan September 2024.

Nicholas dipilih semasa Mesyuarat Agung pertama persatuan di Bilik Mesyuarat Stadium Perpaduan Dalat pada 27 Julai lalu.

Jawatan Timbalan Pengerusi disandang oleh Sungking Juak sementara Naib Pengerusi I dan II masing-masing oleh Agatha Mum dan John Jali.

Jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha pula disandang oleh Maurice Josaphat Jepun dan Boniface Libit.

Item Type: Newspaper
Keywords: Nicholas Bamphield, Pengerusi, Persatuan Kebudayaan dan Adat Kaum Melanau Dalat, Sesi 2025-2027
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 03 Dec 2025 02:55
Last Modified: 03 Dec 2025 02:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item