Songket Rajang semarakkan warisan Melanau, lambang kebanggaan Sarawak. [Newspaper] (2025)
Abstract
TANJUNG MANIS, 16 Nov: Warisan tenunan masyarakat Melanau Rajang terus menyerlah apabila songket tradisi yang dihasilkan penggiat tempatan kini menerima permintaan tinggi, sekali gus memperlihatkan apresiasi masyarakat dalam dan luar negara terhadap kehalusan seni turun-temurun itu.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Yusuf Abd Wahab, berkata populariti songket Rajang bukan sahaja melonjakkan martabat budaya setempat, malah memperkukuh identiti masyarakat Melanau di daerah berkenaan.
Menurut beliau, peningkatan minat terhadap songket tersebut turut menjadi pemangkin kepada usaha memelihara serta melestarikan seni tenun yang diwarisi sejak generasi terdahulu.
| Item Type: | Newspaper |
|---|---|
| Keywords: | Songket Rajang, Warisan Melanau, Tanjung Manis, Melanau Rajang |
| Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
| Local Content Hub: | Niche > Melanau |
| Depositing User: | Normah Sadaiee |
| Date Deposited: | 24 Nov 2025 01:32 |
| Last Modified: | 24 Nov 2025 01:32 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
