Scouts Go Solar Badge : satu pengenalan

Scouts Go Solar Badge : satu pengenalan. International Conference Sustainable Social Sciences, Innovation And Technology (ICSSIT2020). (2020)



Abstract

Cabaran Scouts Go Solar Badge (SGS Badge) adalah program yang dirangka oleh World Organisation of Scout Movement (WoSM) bagi menyahut gagasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari pada tahun 2030. WoSM melalui Scout for Sustainable Development Goals (SDGs) menyahut cabaran PBB dengan merangka aktiviti yang bertujuan memberikan pendedahan dan kemahiran kepada setiap ahli pengakap untuk menjalani kehidupan dengan menggunakan tenaga yang diperbaharui daripada sumber matahari iaitu tenaga solar. Tulisan ini akan meneroka cabaran SGS Badge bagi memperjelas maklumat khususnya mengenai takrifan, objektif, cabaran pelaksanaan dan perkara-perkara penting lainnya yang berkaitan. Dapatan menunjukkan cabaran SGS Badge adalah suatu yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan penerapan kemahiran baharu yang menyeronokkan untuk dilaksanakan. WoSM dan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) sebagai organisasi yang menaungi ahli pengakap menyediakan panduan, rujukan dan khidmat kepakaran untuk melatih, membimbing dan menterjemahkan cabaran SGS kepada ahli pengakap dan seterusnya menganugerahkan Lencana SGS sebagai mengiktiraf pencapaian yang telah ditunjukkan.

Item Type: Article
Keywords: Scouts Go Solar Badge (SGS), Tenaga solar
Taxonomy: By Niche > Solar > Solar Energy
By Niche > Solar > Solar Energy > Study and Teaching
By Niche > Solar > Solar Thermal Energy > Research
Local Content Hub: Niche > Solar
Depositing User: Alias Manap
Date Deposited: 18 Dec 2025 03:22
Last Modified: 18 Dec 2025 03:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item