Mereka bentuk perangkap lalat mudah alih bertenaga solar

Mereka bentuk perangkap lalat mudah alih bertenaga solar. Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), 9 (3). pp. 45-53. ISSN 0128-0821 (2024)



Abstract

Projek ini diinspirasikan oleh masalah lalat yang banyak di kawasan perumahan rumah sewa. Objektif utama projek adalah untuk mereka bentuk satu perangkap lalat mudah alih bertenaga solar dan menguji kebolehfungsian perangkap dalam menangkap lalat. Penghasilan projek ini mengambil masa yang lama dan menggunakan kos pencetakan yang tinggi. Penyelesai menggunakan bahan mencetak seperti PLA filament dan bahan-bahan sedia ada yang boleh didapati di kedai berhampiran. Makanan digunakan sebagai umpan untuk menarik perhatian lalat, dan mesin perangkap ini menggunakan tenaga solar untuk menggerakkan 'lid' yang menghimpit lalat masuk ke dalam lubang kecil di tengah lid. Pelekat lalat dipasang di dalam kotak tempat jatuhnya lalat tersebut. Proses penghasilan menggunakan "additive manufacturing" dan penambahbaikan dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul pada kajian terdahulu. Hasil reka bentuk menunjukkan bahawa mesin tidak menghadapi sebarang masalah atau ralat setelah penambahbaikan dilakukan. Analisis projek menunjukkan bahawa alat ini berjaya memerangkap lalat dan mematikannya serta mudah dialih dari satu tempat ke tempat yang lain. Justeru itu, alat ini berjaya mencapai kedua-dua objektif yang diingini dan berpotensi menyelesaikan masalah lalat di kawasan perumahan rumah sewa

Item Type: Article
Keywords: Perangkap lalat mudah alih, Tenaga solar, Additive manufacturing, PLA filament
Taxonomy: By Niche > Solar > Solar Energy
By Niche > Solar > Solar Energy > Economic Aspects
By Niche > Solar > Solar Thermal Energy > Research
Local Content Hub: Niche > Solar
Depositing User: Alias Manap
Date Deposited: 17 Dec 2025 06:37
Last Modified: 17 Dec 2025 06:37
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item