ILMAN pemacu ke arah usahawan Dai. Jurnal Keputeraan, 5: 4. pp. 91-116. ISSN 2289-2524 (2016)
Abstract
Kesepaduan ilmu merupakan kunci kejayaan dalam segala aspek kehidupan. Islam sebagai suatu cara hidup telah menetapkan konsep ilmu yang jelas sebagai asas utama memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. Makalah ini mengaitkan kerangka keilmuan dengan aspek dakwah dan keusahawanan yang berperanan penting untuk meningkatkan kualiti dan kesejahteraan ummah pada masa ini. Pandangan semesta, kefahaman, serta kemahiran atau amalan oleh pihak pendai dan usahawan menjadi rangkaian strategik memperkasakan syiar Islam bersama-sama dengan kekuatan sosioekonomi yang dapat mengembalikan kegemilangan ummah
berpandukan model yang telah ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat. Strategi kebangkitan ummah melalui wasilah dakwah dan keusahawanan dalam kerangka keilmuan mampu membina kekuatan umat Islam untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah pada masa ini dan mendatang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keusahawanan, Usahawan, Wasilah dakwah |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Farleen Azrina Zamberi |
Date Deposited: | 12 Aug 2020 18:38 |
Last Modified: | 12 Aug 2020 19:19 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |