Tindakan tegas ke atas pemilik kilang buang sisa ke sungai - Exco. [Newspaper] (2024)
Abstract
KOTA BHARU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) digesa mengambil tindakan tegas jika benar terdapat pemilik-pemilik kilang yang didapati membuang sisa-sisa bahan kimia berbahaya ke sungai-sungai di negeri ini hingga mengundang risiko penyakit kanser. Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, Sungai Alor B di Sungai Pancor yang direkodkan tercemar berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling (EQR) 2022 oleh JAS terletak di kawasan kilang perindustrtian Pengkalan Chepa, di sini. Menurut laporan itu, Indeks Kualiti Air (IKA) sungai terbabit ialah 59 dan termasuk dalam kelas tiga iaitu memerlukan rawatan tambahan jika dijadikan air minuman.
| Item Type: | Newspaper |
|---|---|
| Keywords: | Pencemaran air |
| Taxonomy: | By Niche > Industrial Disaster > Industrial Management > Environmental Aspects By Niche > Industrial Disaster > Industrial Safety > Law and Legislation |
| Local Content Hub: | Niche > Industrial Disaster |
| Depositing User: | Farleen Azrina Zamberi |
| Date Deposited: | 31 Dec 2025 08:11 |
| Last Modified: | 31 Dec 2025 08:11 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
