Pencemaran udara: kilang proses tempurung kelapa diarah henti operasi

Pencemaran udara: kilang proses tempurung kelapa diarah henti operasi. [Website]



Abstract

Kubang Pasu: Sebuah kilang memproses tempurung kelapa untuk menghasilkan 'carbon black' diarah menghentikan operasi serta-merta berikutan pencemaran udara yang mengundang ketidakselesaan penduduk setempat. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima aduan awam pada Jumaat lalu berhubung pencemaran udara, dan siasatan pada hari sama menunjukkan aduan berkenaan adalah berasas. Beliau berkata, premis dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, semalam, atas kegagalan kilang mengadakan unit cerobong dan alat kawalan pencemaran udara di dalam premis ketika aktiviti pembakaran tempurung kelapa itu.

Item Type: Website
Keywords: Pencemaran udara
Taxonomy: By Niche > Industrial Disaster > Industrial Management > Environmental Aspects
Local Content Hub: Niche > Industrial Disaster
Depositing User: Farleen Azrina Zamberi
Date Deposited: 31 Dec 2025 08:16
Last Modified: 31 Dec 2025 08:16
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item