Kompetensi keusahawanan diri dalam kalangan mahasiswa yang mengambil kursus keusahawanan di universiti

Kompetensi keusahawanan diri dalam kalangan mahasiswa yang mengambil kursus keusahawanan di universiti. Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah 2015 (ICoMM 2015): 34. pp. 372-384. ISSN 978-967-0850-25-2 (2015)



Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri kompetensi keusahawanan yang paling dominan serta tahap kompetensi keusahawanan dalam kalangan para mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Muamalah yang mengambil kursus keusahawanan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Instrumen yang digunakan untuk kajian yang berbentuk deskriptif ini adalah instrumen kompetensi keusahawanan Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985). Terdapat 13 ciri kompetensi keusahawanan menurut kajian Mc Clelland (1985) iaitu inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasikan kecekapan, membuat perancangan yang sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, keyakinan diri, ketegasan, meyakinkan orang lain, dan mampu menggunakan strategi pengaruh. Kajian mendapati bahawa komitmen terhadap perjanjian kerja merupakan ciri kompetensi keusahawanan yang paling dominan dalam diri mahasiswa. Kajian juga mendapati tahap kompetensi diri mahasiswa bagi kesemua 13 ciri kompetensi adalah di tahap sederhana.

Item Type: Article
Keywords: Keusahawanan, Kursus keusahawanan
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 17 Dec 2020 08:30
Last Modified: 02 Aug 2022 04:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item