Faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan dan kegagalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera di Malaysia. E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014): C021. pp. 191-200. ISSN 978-983-3048-92-2 (2014)
Abstract
Mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Melihat kepada senario semasa, PKS adalah penting bagi pembangunan mana-mana negara kerana ia membantu pertumbuhan ekonomi dan pewujudan peluang pekerjaan kepada masyarakat bandar dan luar bandar. Dapatan kajian mendapati terdapat dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan Perniagaan Kecil dan Sederhana di Malaysia. Faktor dalaman ini meliputi faktor ciri-ciri keusahawanan dan orientasi keusahawanan serta pegangan atau ketaatan kepada agama. Manakala faktor faktor luaran pula meliputi kemahiran pengurusan, pengalaman pengurusan dan industri, perancangan dan keadaan ekonomi, hubungan sosial, jaringan dan pemasaran serta bantuan dan sokongan kerajaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perusahaan Kecil dan Sederhana, Usahawan Bumiputera |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals By Subject > Entrepreneurship > Business Planning |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Atirah Ruslan |
Date Deposited: | 17 Dec 2020 17:42 |
Last Modified: | 17 Dec 2020 17:42 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |