Ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih

Ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih. Jurnal Personalia Pelajar, 17. pp. 1-8. ISSN 2600-9021 (2014)



Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT). Sejumlah 306 orang guru pelatih terlibat dalam kajian ini .Analisis data menunjukkan tahap ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih perempuan adalah tinggi berbanding guru pelatih lelaki, manakala tahap ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih program KPLI adalah tinggi berbanding guru pelatih program PISMP. Dapatan kajian juga menunjukkan guru pelatih pengkhususan Sains mempunyai tahap ciri keusahawanan yang tinggi. Namun responden yang dikaji didapati kurang yakin untuk mengambil risiko dan kurang lokus kawalan dalaman.Tahap ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dalam setiap guru adalah penting bagi memenuhi kehendak pelanggan (ibubapa dan masyarakat) dalam menghasilkan produk (murid) yang dihasrat oleh FPK. Mereka akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta dapat merangsang pembelajaran murid.

Item Type: Article
Keywords: Keusahawanan, Entrepreneurial traits
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Farleen Azrina Zamberi
Date Deposited: 12 Aug 2020 19:26
Last Modified: 12 Aug 2020 19:26
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item