Permasalahan Dalam Pembangunan Industri Batik Di Terengganu. PROSIDING PERKEM, 10. pp. 239-246. ISSN 2231-962X (2015)
Abstract
Malaysia merupakan sebuah negara yang dikenali dengan kepelbagaian hasil kraf tempatan. Majlis
Kraf Dunia-Asia Pasifik mengiktiraf batik Malaysia sebagai salah satu kraf tempatan yang terkenal di
peringkat global. Batik adalah satu teknik untuk menghiasi kain dengan rekaan corak yang
menggunakan lilin sebagai penahan untuk menghalang warna menembusi bahagian lain atas kain yang
telah dicorakkan. Sebagai industri luar bandar, batik mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan dan kemudiannya menjadi penyumbang utama kepada pendapatan isi rumah. Pada
hakikatnya, batik boleh bertindak sebagai kain, kraf dan seni Malaysia pelbagai fungsi. Oleh yang
demikian, batik telah diiktiraf sebagai produk warisan negara yang bernilai tinggi. Melalui konsep
1Malaysia, batik telah diklasifikasikan sebagai pakaian kebangsaan dan mampu menjadi penyatu dalam
sesebuah negara berbilang kaum. Sebagai produk warisan, batik mampu menyokong aktiviti
pelancongan kebudayaan dan industri fesyen negara. Situasi ini menunjukkan batik mempunyai
permintaan dalam pasaran tempatan dan luar Negara. Namun, prestasi sebahagian besar firma batik
masih lagi didominasi oleh perniagaan perusahaan kecil dan sederhana. Malah, sebilangan dari
perusahaan batik adalah bersifat mikro. Bilangan pekerja yang kebanyakannya telah berusia dan
kebergantungan yang tinggi terhadap bahan mentah dari luar menjadi isu utama kepada masa hadapan
industri batik negara. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang
dihadapi oleh pengusaha batik dalam pembangunan industri batik negara. Satu kaji selidik yang
ditadbir sendiri di kalangan 21 pengusaha batik telah dilaksanakan di Terengganu. Dapatan kajian
menunjukkan permasalahan dalam industri batik melibatkan bahan mentah, pekerja, dan pasaran dan
persaingan. Oleh itu, kerajaan dan agensi yang berkaitan perlu memberi tumpuan kepada isu-isu ini
bagi memastikan kemampanan industri ini pada masa hadapan dan generasi muda dapat memahami batik sebagai promotor budaya Malaysia dan warisan bernilai tinggi yang perlu dipelihara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | batik industry, batik entrepreneur |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Textile Designs |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 15 Jul 2020 08:54 |
Last Modified: | 15 Jul 2020 08:54 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |