Kajian pembangunan untuk meningkatkan keusahawanan wanita luar bandar di Sabah, Malaysia

Kajian pembangunan untuk meningkatkan keusahawanan wanita luar bandar di Sabah, Malaysia. Project Report. KRI International Corp., Sabah. (2004)



Abstract

Melalui pelaksanaan polisi-polisi ekonomi yang bijaksana, Negara Malaysia telah berjaya untuk memulihkan keadaan ekonominya daripada krisis ekonomi Asian 1997. Negara tersebut mencatat rekod kadar pertumbuhan 8.5% dalam tahun 2000. Demi untuk mengekalkan tahap pembangunan sosio-ekonomi tersebut,negara Malaysia menumpukan usahanya untuk mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar demi untuk mencapai
pembangunan yang adil dan saksama. Negeri Sabah mencatat kadar kemiskinan yanG paling tinggi jika dibandingkan dengan 13 negeri yang lain di Malaysia. Di
Negeri Sabah, jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar semakin meningkat di mana kadar kemiskinan kawasan luar bandar adalah 27.3% atau empat kali ganda lebih tinggi daripada kawasan bandar iaitu hanya 6.3%.
Keadaan ini telah menjejaskan usaha kerajaan dalam proses pembangunan negeri.

Dalam konteks ini, adaalah diharapkan agar kaum wanita luar bandar dapat memainkan peranan yang positif dalam mengukuhkan taraf ekonomi keluarga dan masyarakat masing-masing. Pengukuhan aktiviti yang berasaskan pertanian
merupakan salah satu daripada cara yang terbaik untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan pengkasaan wanita dengan memperbaiki cara mendapatkan sumber dan mengaktifkan aktiviti-aktiviti ekonomi luar bandar.

Item Type: Monograph (Project Report)
Keywords: Entrepreneur, Keusahawanan wanita, Wanita luar bandar
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Mohd Shahnizam Mat Zain
Date Deposited: 03 Jun 2021 03:08
Last Modified: 03 Jun 2021 03:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item