Logo Hari Kebangsaan 2018: analisis teori seni dan aplikasi komunikasi visual. Malaysian Journal of Communication, 35 (2). pp. 176-194. ISSN 2289-1528 (2019)
Abstract
Logo merupakan bahan komunikasi visual penting yang berfungsi sebagai lambang identiti suatu entiti, alat promosi, dan juga kempen. Dalam aspek lain, logo turut berfungsi sebagai agen penyampai maklumat kepada orang ramai. Logoturut berfungsi untukmembinaimej korporat kepada suatu entiti atau acara. Jata negara yang menjadi simbol kepada sesebuah negara juga merupakan suatu logo yang mempunyai makna mendalam kepada sesebuah negara.Logo mempunyai makna berdasarkan suatu konteks yang berkait rapat dengan sosio-budaya sesuatu tempat. Elemen seni reka yang menghasilkan logo mempunyai makna yang tersendiri dalam suatu konteks dan masyarakat. Artikel inimenganalisis logo Hari Kebangsaan 2018 dalam aspek reka bentuk dan aplikasi ke atas medium yang menjadi perumah kepada logo. Setiap elemen yang diguna bagi menghasilkan rekaan logo dianalisis kesesuaiannya berdasarkan elemen dan prinsip seni lukis dan seni reka. Elemen rekaan yang dirujuk merangkumi unsur garisan, rupa, warna, jarak dan tona. Manakala prinsip rekaan yang dirujuk adalah imbangan, kontras dan perletakan unsur-unsur seni dalam rekaan. Teori komunikasi visual digunakan bagi menghurai dapatan kajian.Hasil analisis menunjukkan terdapat kecacatan pada pembinaan struktur dan pengurusan rekaan yang terdiri daripada elemen warna, prinsip disiplin yang telah menjejaskan kesempurnaan fungsi logo dalam aspek komunikasi visual. Beberapa cadangan terhadap penambahbaikan yang tidak menjejaskan struktur dan makna rekaan dikemukakandalam artikelini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Visual Communication, Design, Aesthetic, Logo |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Graphic Communication By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Communication Theory |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 24 Aug 2020 05:09 |
Last Modified: | 24 Aug 2020 05:12 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |