Peranan Visual Reka Bentuk Kulit Buku Terhadap Kemudahbacaan Khalayak

Peranan Visual Reka Bentuk Kulit Buku Terhadap Kemudahbacaan Khalayak. Journal of Communication, 34 (4). pp. 271-284. ISSN 2289-1528 (2018)



Abstract

Setiap penerbitan buku menampilkan rekaan bentuk buku yang tersendiri. Reka bentuk kulit buku memainkan peranan yang penting untuk menghebah, menyampaikan informasi dan maklumat awal kepada setiap khalayak sasaran. Situasi ini telah menyumbang kepada penerbitan, penghasilan dan penampilan reka bentuk kulit buku yang pelbagai dan menarik.Reka bentuk kulit buku menjadi elemen pertama dilihat oleh khalayak ketika proses membelek-belek dan pemilihan buku. Ketika ini khalayak cuba untuk memahami apa sahaja informasi yang terdapat pada reka bentuk kulit buku. Kemudahbacaan pada reka bentuk kulit buku merujuk kepada tafsiran visual illustrasi atau fotografi yang dilihat sama ada ianya difahami dengan mudah atau sebaliknya. Penggunaan dan pemilihan visual yang baik dapat memudahkan khalayak untuk memahami maksud yang hendakdisampaikan dengan pantas. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan visual dalam mempengaruhi kemudahbacaan khalayak. Kaedah yang digunakan ialah perbincangan kumpulan fokus dalam kalangan empat pereka grafik dan empat pensyarah Jabatan Grafik & Media Digital UiTM. Hasil kajian mendapati fotografi pada reka bentuk kulit buku memberi kesan yang baik dalam kemudahbacaan khalayakberbanding illustrasi. Dapatan kajian yang diperolehi dapat dijadikan panduan kepada penerbit buku dan pereka grafik dalammenghasilkan reka bentuk kulit buku keluaran tempatan yang baik dan berkualiti. Kajian ini juga dapat menyumbang kepada kepentingan sosio-ekonomi negara, industri pendidikan negara dan industri penerbitan buku negara.

Item Type: Article
Keywords: Visual, Illustration, Photograpy
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Illustrations
By Subject > Art & Design > Photographic
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 24 Aug 2020 05:36
Last Modified: 24 Aug 2020 05:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item