Faktor mempengaruhi prestasi usahawan wanita dalam koperasi

Faktor mempengaruhi prestasi usahawan wanita dalam koperasi. Malaysian Journal of Co-oprerative Studies, 15. pp. 47-65. ISSN 2600-7290 (2019)



Abstract

Sehingga kini, populasi wanita yang bergelar usahawan terus meningkat di seluruh dunia dan terbukti bahawa wanita telah menguasai lebih satu pertiga daripada keseluruhan individu yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Penglibatan wanita dalam arena keusahawanan telah menjadi tumpuan dan perhatian utama dalam kalangan penyelidik serta pengamal perindustrian memandangkan banyak negara membangun kini telah membuka peluang kepada wanita untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan yang sebelum ini dikuasai oleh golongan lelaki. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
prestasi usahawan wanita dalam koperasi di bahagian Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak. Pembolehubah bebas yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah orientasi keusahawanan, modal insan, matlamat dan motif usahawan, faktor sosiobudaya dan faktor perundangan dan pentadbiran. Pengantara dalam kajian ini pula adalah pengiktirafan peluang manakala pemboleh ubah bergantung adalah prestasi
usahawan wanita. Asas pembolehubah telah dinilai dengan menggunakan soal selidik yang sah. Sejumlah 118 responden dalam kalangan anggota wanita di koperasi telah mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut. Data diperoleh daripada analisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 22. Keputusan empirikal menunjukkan bahawa modal insan didapati signifikan dengan korelasi positif dan
hubungan kuat dengan skala pengiktirafan peluang, sedangkan pengantara didapati mempunyai korelasi positif dan hubungan kuat ke arah prestasi usahawan wanita. Sementara itu, hubungan antara pembolehubah lain didapati signifikan dengan
korelasi sederhana dan hubungan positif dengan pengiktirafan peluang. Sumbangan utama penyelidikan ini telah memberikan bukti empirikal mengenai hubungan antara setiap pembolehubah. Selain itu, ia mendedahkan faktor yang paling mempengaruhi prestasi usahawan wanita dalam kalangan anggota koperasi khususnya di kawasan Kuching dan Samarahan. Bidang untuk kajian masa depan juga dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type: Article
Keywords: Entrepreneurship, Usahawan wanita, prestasi usahawan
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 14 Jan 2021 09:27
Last Modified: 14 Jan 2021 09:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item