Tahap keusahawanan dalam gerakan koperasi di Malaysia

Tahap keusahawanan dalam gerakan koperasi di Malaysia. Monograf Penyelidikan. pp. 1-88. ISSN 1823-4844 (2008)



Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap keusahawanan dalam kalangan koperasi di Malaysia. Sebanyak 500 buah koperasi telah dipilih dalam kajian ini, walau bagaimanapun penyelidik menerima respons daripada 465 buah koperasi (93 peratus). Semua responden yang terlibat dalam kajian telah diedarkan satu set soalan terlebih dahulu sebelum sesi temu duga dijalankan. Hasil kajian mengklasifikasikan tahap keusahawanan dalam koperasi
kepada tiga tahap iaitu tahap tinggi, sederhana dan rendah dalam kalangan koperasi di Malaysia. Sembilan (9) angkubah telah digunakan iaitu hala tuju, inovasi, pengambilan risiko, keupayaan mengenal pasti peluang,
kecekapan pengurusan sumber, pengiktifaran, pengantarabangsaan, penerapan budaya keusahawanan dan pengurusan berkesan. Berdasarkan sembilan angkubah
tersebut didapati bahawa 251 buah koperasi (54%) berada pada tahap keusahawanan rendah, 188 buah koperasi (40.4%) berada pada tahap keusahawanan sederhana
dan 25 buah koperasi (5.6%) berada pada tahap keusahawanan tinggi. Tujuh strategi dicadangkan untuk mempertingkatkan tahap keusahawanan dalam koperasi. Strategi yang dicadangkan adalah mengikut kesesuaian tahap keusahawanan dalam koperasi iaitu menerapkan ciri-ciri keusahawanan dalam
koperasi; meningkatkan kemahiran pengurusan dan teknikal dalam kalangan ALK, pengurusan dan pekerja; mewujudkan golongan usahawan dalam kalangan anggota koperasi; menjadikan koperasi sebagai badan pemasar; mewujudkan
sistem sokongan (support system) dalam meningkatkan prestasi koperasi sebagai organisasi yang bercirikan keusahawanan; mewujudkan Pusat Sehenti R&D Koperasi; dan menggalakkan aktiviti pengantarabangsaan.

Item Type: Article
Keywords: Entrepreneurship, Keusahawanan, Koperasi
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 31 May 2021 23:29
Last Modified: 01 Jun 2021 18:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item