Keusahawanan sosial dalam kalangan institusi pondok di Malaysia bagi membantu golongan terpinggir. Proceedings of The 6th International Seminar on Entrepreneurship and Business (ISEB 2018). pp. 38-46. (Submitted) (2018)
Abstract
Keusahawanan sosial kini menjadi fenomena baharu dalam sesebuah negara bagi mengurangkan segala bentuk masalah sosial dan membasmi kemiskinan. Kajian ini berdasarkan kepada keusahawanan sosial di institusi pondok dalam membantu golongan terpinggir. Perbandaran dan perlaksanaan dasar-dasar pembangunan yang intensif dan besar-besaran sering di kaitkan dengan berlakunya peminggiran warga setempat. Institusi pondok atau perusahaan sosial memainkan peranan penting dalam menangani permasalahan golongan terpinggir. Ini dapat diperhatikan dengan pertambahan pondok-pondok pengajian agama di seluruh Negara. Hasil kajian dijangkakan akan dapat membantu pelbagai pihak seperti ahli akademik, penggubal polisi Negara, usahawan sosial, kerajaan, pihak swasta dan juga masyarakat, untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai konsep sebenar keusahawanan sosial. Seterusnya membuat penambahbaikan untuk mengoptimumkan lagi keberkesanan keusahawanan sosial di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga merupakan satu penambahan terhadap dimensi baru dalam kajian pondok dan keusahawanan sosial di Malaysia. Walaupun keusahawanan sosial merupakan bidang yang baru di Malaysia, akan tetapi amalan keusahawanan sosial telah lama wujud dalam kalangan masyarakat tempatan. Keusahawanan sosial merupakan satu pendekatan yang amat bersesuaian dengan keperluan dunia masa kini yang berdasarkan aspek 3Ps iaitu People, Planet and Profit. Oleh itu, artikel konsep ini membincangkan keusahawanan sosial sebagai salah satu landasan yang baik untuk mengatasi dan membantu penyelesaian masalah sosial dalam kalangan masyarakat terutama golongan terpinggir.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keusahawanan Sosial, Golongan Terpinggir, Institusi Pondok |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals By Subject > Entrepreneurship > Business Planning |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Haslina Hamid |
Date Deposited: | 15 Jan 2021 02:11 |
Last Modified: | 15 Jan 2021 02:11 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |