Pembandaran dan perkembangan wilayah metropolitan lanjutan Lembah Klang-Langat, Malaysia

Pembandaran dan perkembangan wilayah metropolitan lanjutan Lembah Klang-Langat, Malaysia. e-Bangi, 3 (1): 4. pp. 1-27. ISSN 1823-884x (2006)



Abstract

Proses globalisasi ekonomi dan pembandaran yang pesat sedang berlaku di sekitar wilayah metropolitan di Asia Tenggara. Di Malaysia, Lembah Klang-Langat ialah sebuah wilayah metropolitan lanjutan (WML) yang pesat berkembang. Proses rebakan bandar ke pinggiran kini cenderung untuk menuju ke arah koridor selatan. Makalah ini bertujuan untuk membincang perkembangan ekonomi pembuatan dan perkhidmatan serta impaknya terhadap pembandaran petempatan di pinggiran WML Lembah KlangLangat. Analisis data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia serta laporan ekonomi yang berkaitan daripada pelbagai sumber menunjukkan bahawa walaupun proses pembangunan ekonomi bandar dan pembandaran masih berlaku di pusat, tetapi wujud kecenderungan untuk menyebar ke kawasan pinggir Lembah Klang-Langat. Pengukuhan fungsi bandar raya metropolitan Kuala Lumpur dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan pengeluar moden seperti pusat penyelidikan, pengkomputeran, perbankan, penghantaran pantas, insurans yang dipermudahkan dengan teknologi terkini telah mewujudkan kesan ekonomi pembandaran yang penting kepada proses pengeluaran di wilayah tersebut. Kini semakin banyak ibu pejabat pengurusan korporat ditubuhkan di zon teras dan dalaman WML Lembah Klang-Langat. Manakala aktiviti pembuatan dan perkhidmatan awam cenderung untuk berpindah ke pinggiran. Perkembangan ini telah dikuti oleh pertumbuhan penduduk dan pembandaran yang pesat di zon luaran wilayah tersebut. Perpindahan ini mencetuskan pertumbuhan kawasan perumahan dan perkembangan bandar kecil yang terancang di pinggiran. Bagaimanapun ciri petempatan ini amat berbeza dengan fenomena yang dikenali ramai penulis sebagai desakota yang pernah wujud di beberapa bandar lain di Asia Tenggara. Walaupun belum mencapai status bandar raya mega, namun peluasan sempadan tepu bina WML ini telah membentuk sebuah konurbasi yang unggul di rantau ini.

Item Type: Article
Keywords: Wilayah metropolitan lanjutan, Ekonomi pembandaran dan rebakan bandar, Kawasan pinggiran
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Town Planning
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Shahidatul Akhmam Rambeli
Date Deposited: 24 Sep 2020 09:44
Last Modified: 24 Sep 2020 09:44
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item