Peranan tanaman padi dalam pembangunan pertanian di Malaysia: analisis sejarah dan kontemporari. JATI-Journal of Southeast Asian Studies, 9. pp. 189-212. ISSN 1823-4127 (2004)
Abstract
Kemasukan kapital pada awal abad ke-20 telah merombak struktur masyarakat tempatan. Pengeluar-pengeluar telah gagal menikmati sepenuhnya hasil titik-peluh mereka disebabkan oleh tindak tanduk orang-orang yang mempengaruhi pasaran. Perhubungan sosial yang tidak seimbang ini telah berterusan dan menjadi lebih ketara di kebelakangan ini. Langkah-langkah untuk memodenkan kaum tani terutamanya di era pasca kolonial telah meningkatkan lagi jurang sosial dan menggugat landasan material kelas pengeluar. Kewujudan kelas-kelas yang mengaut lebihan dari kaum tani akan terus mencambahkan kemunduran dan kemiskinan. Daya usaha untuk
membangunkan pertanian melalui perubahan terancang wajar mengambil kira prosesproses sejarah material setempat, hubungan kelas, dan peranan negara. Pemahaman terhadap peranan tanaman padi dalam pembangunan pertanian di negara ini perlu di hubung kaitkan dengan proses-proses masyarakat yang lebih luas di era pra-kolonial, kolonial dan pasca kolonial. Setiap era sejarah mempunyai ciri-ciri tersendiri yang perlu di hayati untuk memahami keadaan semasa dan juga
untuk mencartakan hala tuju masa depan sektor pertanian negara. Satu perspektif yang tepat dan wajar diperlukan. Hujah-hujah yang terlalu bergantung kepada peranan budaya dan tradisi perlu di fikirkan semula. Fungsi budaya dalam selok-belok ekonomi pasaran ternyata tidak mempunyai tempat yang dominan. Perubahan penekanan dari dimensi budaya kepada rancangan-rancangan yang berorientasikan ekonomi tetapi sensitif kepada fenomena-fenomena sosial akan lebih bermakna. Langkah sebegini akan memberikan satu hala tuju barn dalam proses pembangunan pertanian negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Agriculture, Agricultural economy, Agricultural Sectors |
Taxonomy: | By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management By Subject > Plantation & Agrotechnology > Agriculture Technology |
Local Content Hub: | Subjects > Plantation & Agrotechnology |
Depositing User: | Mohd Fadhli Samsudin |
Date Deposited: | 11 Oct 2020 17:03 |
Last Modified: | 11 Oct 2020 17:03 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |