Penglibatan belia dalam pertanian komersial dan perkembangan industri pertanian di Malaysia. SIPATAHOENAN: South-East Asian Journal for Youth, Sports & Health Education, 1 (1). pp. 99-108. ISSN 2407-7348 (2015)
Abstract
Sektor pertanian komersial sehingga kini masih kekurangan penglibatan golongan muda, terutamanya belia berpelajaran tinggi. Golongan muda ini diperlukan oleh negara untuk menaiktarafkan indusrti pertanian, memodenkan industri asas tani, dan memperbanyakkan lagi pekerja berkemahiran yang terlibat dalam sektor pertanian komersial. Persepsi negatif masyarakat terhadap sektor pertanian telah memberi kesan terhadap penglibatan belia dalam pertanian komersial. Persepsi negatif yang dimaksudkan ini adalah seperti kurangnya galakan daripada keluarga; kurang prosedur yang lengkap dalam membantu belia yang ingin melibatkan diri dalam sektor pertanian; serta kesukaran dalam mendapatkan bantuan, termasuklah sumber bantuan kewangan. Kesemua aspek ini menyumbang kepada kurangnya penglibatan belia dalam perniagaan pertanian secara komersial. Justeru, artikel ini mengupas sejarah industri pertanian di Malaysia dan penglibatan belia dalam industri ini. Pembangunan pertanian komersial di Malaysia dalam 50 tahun ini menampakkan kurangnya penglibatan belia, walaupun industri pertanian berupaya membuka prospek yang luas dalam ekonomi Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Agriculture, Young entrepreneur, History of commercial agriculture, Malaysian economic, Negative perception |
Taxonomy: | By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management By Subject > Plantation & Agrotechnology > Agriculture Technology |
Local Content Hub: | Subjects > Plantation & Agrotechnology |
Depositing User: | Mohd Fadhli Samsudin |
Date Deposited: | 11 Oct 2020 17:28 |
Last Modified: | 11 Oct 2020 17:28 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |