Belia usahawan tani siswazah: isu dan cabaran

Belia usahawan tani siswazah: isu dan cabaran. Working Paper. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Putrajaya. (2007)



Abstract

Bab ini akan mengupas dan memberi gambaran umum tentang pertanian komersial sebagai satu kerjaya yang berpotensi dan peluang yang terbuka luas untuk diceburi oleh golongan belia khasnya belia lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Senario dan perkembangan bidang pertanian komersial di negara kita sejak 50 tahun lalu jelas menunjukkan kurangnya penglibatan golongan belia biarpun menjadi nadi penting
ekonomi negara dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bidang pertanian adalah amat luas yang meliputi usaha penternakan, penanaman, perikanan dan industri hiliran. Bidang pertanian komersial merujuk kepada kegiatan pertanian yang diusahakan dalam bentuk perladangan dengan hasil produktiviti dalam skala besar, jumlah keluasan tanah yang diusahakan luas, berdaya maju dan dimajukan dengan tanaman yang berpotensi untuk jualan bagi meningkatkan pendapatan dan menambah nilai guna tanah untuk pulangan yang bersifat komersial.

Item Type: Monograph (Working Paper)
Keywords: Agriculture, Agricultural economy, Agricultural Sectors
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 11 Oct 2020 18:32
Last Modified: 11 Oct 2020 18:32
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item