Pengurusan pertanian lestari di luar bandar: kes projek agropolitan di kawasan terbiar

Pengurusan pertanian lestari di luar bandar: kes projek agropolitan di kawasan terbiar. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013, 2 (4): 5. pp. 790-795. ISSN 2231-962X (2013)



Abstract

Pengurusan pertanian lestari terutama untuk membekalkan sumber makanan asasi menjadi agenda utama semua pihak masa kini. Ia adalah satu revolusi pertanian ke arah makanan yang berkualiti dan mencukupi bagi menjamin keselamatan makanan dunia. Pengurusan pertanian lestari yang popular masa kini antaranya adalah penanaman secara organik dan Sistem Intensifikasi Padi (SRI). Perladangan organik SRI adalah satu sistem pengeluaran yang mengelakkan dari penggunaan baja dan racun perosak sintetik. Kajian pengurusan pertanian lestari ini lebih tertumpu pada pelbagai aktiviti dan disiplin yang merangkumi pengurusan dan pengeluaran makanan melalui inovasi. Berikutan itu, pelbagai disiplin pengurusan teknologi telah digabungkan dalam model proses pengurusan pertanian lestari.Kertas kerja ini akan membincangkan Model Proses Pengurusan Pertanian Lestari. Objektif model ini bertujuan sebagai kerangka tindakan atau panduan kepada pihak berkepentingan dalam sektor pertanian untuk mengamalkan konsep pertanian lestari melalui proses yang sistematik. Proses ini terlibat di dalam tiga fasa yang saling berkait; fasa kesedaran, fasa perlaksanaan dan fasa penyebaran dan penilaian. Selain itu peringkat awal menggunakan model ini bagi kes tanaman padi SRI yang telah dijalankan turut dibincangkan dalam kertas kerja ini.Kajian ini merupakan kerjasama sekumpulan penyelidik Teknologi Agro Bisnes Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dengan pihak LembagaKemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan koperasi penduduk beberapa kampung di daerah Sik. Ia merupakan lanjutan dari projek Agropolitan di bawah peruntukan KEDA iaitu sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Projek ini bertujuan untuk mempertingkatkan pendapatan penduduk setempat melalui pembangunan semula kawasan tanah terbiar di luar bandar. Hasil kajian ini merupakan perkongsian pengalaman yang dianalis melalui temubual bersama petani dan ahli koperasi, pegawaiKEDA dan sekumpulan penyelidik Teknologi Agro Bisnes dalam mempromosikan kaedah pengurusan lestari ini. Selain itu, sistem ini mampumembantu petani luar bandar meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan kualiti beras yang bermutu, sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah.

Item Type: Article
Keywords: Agriculture, Agricultural economy, Pengurusan lestari, Sistem Intensifikasi Padi (SRI)
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Agriculture Technology
By Subject > Plantation & Agrotechnology > Crop Protection
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 01 Feb 2021 04:45
Last Modified: 01 Feb 2021 04:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item