Kandungan Logam Berat Dalam Makanan Laut Dan Kadar Pengambilannya Oleh Penduduk Di Tanjung Karang, Selangor

Kandungan Logam Berat Dalam Makanan Laut Dan Kadar Pengambilannya Oleh Penduduk Di Tanjung Karang, Selangor. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 10 (2). pp. 197-204. ISSN 1394-2506 (2006)



Abstract

Makanan laut merupakan salah satu sumber makanan yang berpotensi tinggi dicemari logam berat akibat daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh manusia. Di dalam kajian ini, kandungan logam Cu, Fe, Zn, Pb, Ni dan Cd dalam makanan laut dikaji bagi mengganggarkan jumlah pendedahan penduduk Tanjung Karang terhadap logam berat dengan menggunakan kaedah "Market Basket Study". Beberapa jenis makanan laut dibeli daripada pelabuhan perikanan Bagan Pasir, Tanjung Karang bagi menentukan jumlah kandungan logam berat di dalamnya. Kaedah penghadaman basah dengan kombinasi asid nitrik pekat dan asid perklorik pekat dengan nisbah 3:1 digunakan bagi menentukan kepekatan logam berat dalam sampel. Logam-logam berat tersebut dianalisa dengan menggunakan Spektrofotometer Penyerapan Atom (AAS). Kepekatan logam berat yang telah ditentukan dibandingkan dengan Jadual Makanan Seimbang penduduk Malaysia bagi menentukan status pendedahan logam yang dikaji dalam sehari. Anggaran pengambilan logam-logam berat oleh penduduk yang dikaji ialah 0.17 mg/hari bagi logam Cu, 0.44 mg/hari bagi logam Fe, 0.58 mg/hari bagi logam Zn, 0.008 mg/hari bagi logam Pb, 0.007 mg/hari bagi logam Ni dan 0.031 mg/hari bagi logam Cd.

Item Type: Article
Keywords: Heavy metals, Seafood, Estimated intake
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Food Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Mohd Hafiz Kasirun
Date Deposited: 21 Jul 2020 05:28
Last Modified: 21 Jul 2020 05:28
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item