Alkohol (Arak dan Etanol) dalam Makanan Halal

Alkohol (Arak dan Etanol) dalam Makanan Halal. Jurnal Intelek, 9 (1). pp. 40-51. ISSN 2231-7716 (2014)



Abstract

Alkohol adalah satu istilah yang sinonim dengan arak, sejenis minuman yang dilarang dalam Islam. Justeru itu, muncul tanggapan bahawa kehadiran etanol yang turut dikenali sebagai alkohol, juga tidak dibenarkan dalam makanan halal. Ini secara tidak langsung menyebabkan kehadiran atau penambahan etanol dalam makanan menjadi satu isu yang cukup berkontroversi di kalangan pengguna Muslim. Dengan nilai terkini pasaran global makanan halal yang dianggarkan bernilai USD 600 billion dolar, hal ini bukan sahaja merupakan isu agama malahan turut menjadi satu isu ekonomi. Justeru itu, kertas kerja ini dihasilkan untuk menjelaskan mengenai persoalan alkohol (arak dan etanol) dalam makanan halal melalui tinjauan ilmiah. Tinjauan mendapati terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama mengenai status etanol. Ini berbeza dengan kesepakatan ulama tentang pengharaman arak dalam Islam. Terdapat dua pandangan utama dalam kalangan ulama Islam mengenai status etanol. Sebahagian ulama tidak membenarkan etanol. Manakala sebahagian yang lain pula membenarkan kewujudan etanol dengan syarat-syarat tertentu. Ini merujuk kepada bagaimana etanol ini wujud (secara semulajadi atau ditambah untuk membantu pemprosesan makanan) dan peratusan akhirnya dalam makanan dan minuman halal

Item Type: Article
Keywords: alcohol, Had Etanol
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Food Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Mohd Hafiz Kasirun
Date Deposited: 21 Jul 2020 05:34
Last Modified: 21 Jul 2020 05:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item