Pengesahan bagi Mengesan Bakteria Patogen Makanan Menggunakan Teknologi Mikroaturan DNA (Validation of Food-borne Pathogen Detection using DNA Microarray Technology)

Pengesahan bagi Mengesan Bakteria Patogen Makanan Menggunakan Teknologi Mikroaturan DNA (Validation of Food-borne Pathogen Detection using DNA Microarray Technology). Sains Malaysiana, 42 (12). pp. 1715-1720. ISSN 0126-6039 (2013)



Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengesahkan kemampuan teknologi DNA mikroaturan cip gen OliproTM FoodPATH bagi mengesan bakteria patogen makanan. Sebanyak 9 jenis DNA bakteria patogen makanan telah digunakan iaitu Bacillus cereus, Escherichia coli O157:H7, Staphylococcus aureus, Vibrio cholerae, Vibrio parahaemolyticus, Listeria monocytogenes, Salmonella spp., Shigella spp. dan Campylobacter spp. Sebanyak 36 kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan telah digunakan. Pengesahan bagi mengesan bakteria patogen makanan dilakukan dengan menggunakan kaedah reaksi berantai polimerase (PCR) dan penghibridan Southern-blotting di atas cip gen untuk mengesahkan kemampuannya. Keputusan daripada analisis hibridasi di atas cip gen telah dibandingkan dengan hasil gel elektroforesis 2.0% (w/v). Lima saringan diperlukan untuk menghabiskan 36 kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan. Setiap saringan, satu cip gen telah digunakan sebagai kawalan negatif tidak diinokulasikan dengan sebarang kombinasi DNA bakteria patogen makanan. Daripada hasil kajian, didapati bahawa semua kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan telah dapat dikesan. Cip yang digunakan sebagai kawalan negatif tidak menunjukkan kehadiran DNA. Oleh itu, daripada kajian ini cip gen OliproTM FoodPATH didapati memberikan keputusan yang lebih baik berbanding dengan 2.0% (w/v) gel elektroforesis.

Item Type: Article
Keywords: Bakteria patogen makanan, Cip gen OliproTM FoodPATH, Mikroaturan DNA
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Food Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Mohd Hafiz Kasirun
Date Deposited: 21 Jul 2020 06:06
Last Modified: 21 Jul 2020 06:06
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item