Cekap pengurusan atasi isu makanan

Cekap pengurusan atasi isu makanan. [Newspaper] (2020)



Abstract

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) diumum Perdana Menteri Jumaat lalu, tepat pada masanya.Ia amat diperlukan sebagai langkah awal menanggung kemungkinan kelembapan ekonomi disebabkan penurunan tahap pengeluaran, pengurangan permintaan eksport dan kejatuhan harga komoditi dalam masa pandemik COVID-19. Makanan yang menjadi keperluan paling asas dalam kehidupan mendapat peruntukan RM1 bilion. Ia demi meningkatkan pengeluaran makanan melalui penyediaan bantuan input, program integrasi tanaman dan projek agro makanan jangka pendek, selain menstabilkan bekalan makanan melalui penyimpanan dan pengedaran yang cekap. Sehingga kini, sektor pengeluaran makanan terdiri tanaman, ternakan dan perikanan, secara umum mempunyai kadar sara diri rendah bagi makanan asas, Contohnya beras (70 peratus), daging lembu (23.9 peratus), daging kambing (11.2 peratus), susu segar (61.3 peratus), produk tenusu (5 peratus), buah-buahan (79 peratus) dan sayur-sayuran (46.6 peratus).

Item Type: Newspaper
Keywords: Sektor pengeluaran makanan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Food Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Mohd Hafiz Kasirun
Date Deposited: 07 Oct 2020 22:40
Last Modified: 07 Oct 2020 22:40
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item