Penanaman kelapa sawit lestari dan impak ekonomi

Penanaman kelapa sawit lestari dan impak ekonomi. Journal of Social Science and Humanities, 10 (1). 057-080. ISSN 1823-884x (2015)



Abstract

Industri sawit di Malaysia telah berkembang pesat terutama dari segi peluasan Kawasan penanaman maksima pada masa kini. Penanaman kelapa sawit adalah proses jangka panjang yang memerlukan perancangan sistematik, bersepadu dengan kos efektif untuk kekal berdaya saing dan lestari. Walau bagaimanapun aktiviti pembangunan ladang sawit sering dikaitkan dengan punca masalah sosioekonomi dan pencemaran persekitaran serta masyarakat setempat kerana melibatkan kawasan yang luas. Kaedah yang digunakan untuk menilai kejayaan projek ini adalah melalui soalselidik terhadap 62 responden serta
pemerhatian keatas masyarakat setempat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan projek yang dilaksanakan oleh Lembaga Sawit Malaysia untuk meningkatkan pendapatan, hasil penduduk tempatan serta menjana ekonomi setempat. Kaedah pengurusan lestari semasa aktiviti pembangunan di jangka dapat meminimakan kerosakan kepada sumber semulajadi seperti kualiti air, sumber air kawasan tadahan air dan pengekalan kawasan nilai tinggi untuk generasi akan datang. Penggunaan konsep tanggungjawab sosial korporat juga menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk. Projek ini telah memberi peluang kepada masyarakat bersama-sama menerima manfaat dan peningkatan pendapatan, penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan. Seterusnya, amalan pertanian terbaik seperti pembakaran sifar, pembinaan teres, penanaman kekacang penutup bumi, pengekalan zon pemampan semasa pembangunan ladang meminimumkan impak kepada persekitaran.

Item Type: Article
Keywords: Sustainable palm planting, Agricultural practices, Socioeconomic impact, Palm oil industry
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Agencies of Resources: Higher Institution > Public University > Universiti Kebangsaan Malaysia > Faculty of Social Sciences and Humanities > e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities | Email fr Assoc Prof Dr Novel Anak Lyndon - 22/8/2020
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 01 Feb 2021 07:49
Last Modified: 01 Feb 2021 07:49
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item