Penyakit prostat

Penyakit prostat. [Newspaper] (2016)



Abstract

Kalenjar prostat merupakan sebuah organ sebesar kacang berangan di dalam tubuh badan golongan lelaki. Organ ini terletak di bawah pundi kencing dan fungsinya adalah untuk menghasilkan cecair yang akan menjadi sebahagian daripada air mani. Kalenjar prostat mungkin mengalami keradangan - 'prostatitis', pembesaran-'benign prostatic hyperplasia' dan kanser. Ini bermaksud infeksi dan pembesaran kalenjar prostat. Gejala penyakit ini ialah sakit dan susah ketika membuang air kecil, perlu membuang air kecil dengan kerap dan secara segera, sakit di bahagian sulit, pinggang dan perut, berserta simptom selsema. Penyakit ini lebih kerap berlaku di kalangan lelaki berusia kurang dari 50 tahun. Masalah ini disebabkan infeksi dengan bakteria, kecederaan, atau masalah imun.

Item Type: Newspaper
Keywords: Reproductive system, Male, Comparative biology
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Biology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Mohd Hafiz Kasirun
Date Deposited: 26 Nov 2020 03:46
Last Modified: 26 Nov 2020 03:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item