Projek solar Bukit Selambau mula operasi lebih awal. [Newspaper] (2020)
Abstract
Projek Solar Berskala Besar (LSS) di Bukit Selambau, Kedah (LSS Bukit Selambau) milik Tenaga Nasional Bhd (TNB) mula beroperasi pada 8 September lalu, 114 hari lebih awal daripada dijadualkan. TNB dalam satu kenyataan, berkata loji tenaga solar berkapasiti 30 megawatt (MW) itu dilengkapi dengan 134,880 panel fotovoltaik solar dan 14 alat penyongsang (inverter). Mengulas mengenainya, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kejayaan mula tugas LSS Bukit Selambau dicapai meskipun berdepan cabaran akibat COVID-19, membuktikan pengalaman dan kepakaran TNB dalam pembangunan projek Tenaga Boleh Diperbaharui (RE), khususnya projek loji tenaga solar.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Teknologi persekitaran, Projek solar |
Taxonomy: | By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology |
Local Content Hub: | Subjects > Applied Sciences |
Depositing User: | Mohd Hafiz Kasirun |
Date Deposited: | 26 Nov 2020 08:23 |
Last Modified: | 26 Nov 2020 08:23 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |