Jurang digital kesan terhadap perkembangan k-ekonomi. In: Wacana Sekolah Pengajian Perniagaan, Jun 2003, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra. (In Press) (2003)
Abstract
Abstrak Sistem ekonomi dunia terus secara dinamik berkembang dari sistem ekonomi yang berasaskan pertanian (Agricultural-Based Economy) ke ekonomi berasaskan barang (Product-Based Economy atau Industrial Economy) dan seterusnya ke sistem ekonomi berasaskan pengetahuan (Knowledge-Based Economy). Setiap buah Negara di dunia ini perlu mendepani perubahan ini dan sama-sama turut serta menjayakannya. Kegagalan untuk turut serta akan menjadikan mereka tidak mampu bersaing dan seterusnya ketinggalan dalam arus ekonomi global walau apa status negara tersebut pada masa ini. Malaysian sebagai sebuah negara membangun telah menunjukkan komitmen bagi menangani cabaran fenomena ekonomi baru ini, namun ianya masih perlukan kepada usaha yang bersungguh-sungguh kerana hasil dari kajian yang dijalankan beberapa fakta membuktikan bahawa negara ini masih ketinggalan walaupun dibandingkan dengan negara membangun yang lain. Beberapa kelemahan dan hambatan perlu ditangani dengan sebaiknya bagi memungkinkan agenda ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Perubahan ini perlukan komitmen bukan sahaja pemerintah, malah agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan serta seluruh ahli masyarakat juga perlu menyokong usaha perubahan ini, kerana tanpanya gagasan nasional ini akan hanya gah di atas kertas dan justru memungkinkan negara terkeluar dari gelangang arus global ekonomi digital. Pendahuluan Ekonomi berasaskan pengetahuan (Knowledge-Based Economy) mahu tidak mahu akan menjadi satu sistem ekonomi abad mendatang. Sepertimana gagalnya sesebuah negara dan bangsa mendepani era ekonomi berasaskan industri pada masa sekarang, maka akan gagallah sesuatu negara dan bangsa jika tidak mampu untuk berdepan dan bersaing di dalam sistem ekonomi baru ini. Tertinggalnya negara dari bersaing dalam ekonomi global ini akan menyebabkan negara akan ketinggalan dan mungkin akan termasuk di dalam kategori negara mundur dalam era ekonomi digital ini. Alhamdulillah, Malaysia pantas menyedari perkembangan ini dan telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mendepani fenomena ekonomi baru ini. Penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996 dengan tujuh 'flagships'nya telah dengan jelas menunjukkan komitmen pihak berwajib beranjak kepada ekonomi digital ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | Sistem ekonomi, K-ekonomi, Ekonomi digital, Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Kelebihan dan perbandingan |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Mohd Fadhli Samsudin |
Date Deposited: | 21 Apr 2022 04:11 |
Last Modified: | 21 Apr 2022 04:11 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |