Identiti seni bina Malaysia: masalah dan penyelesaiannya

Identiti seni bina Malaysia: masalah dan penyelesaiannya. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 25. pp. 279-290. ISSN 0127-2721 (2007)



Abstract

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, antara isu yang diberi penekanan oleh pucuk pimpinan negara ialah pembinaan identiti nasional. Seni bina tidak terkecuali dari agenda itu. Antara pendekatan yang digunakan ialah menerapkan sebagai elemen seni bina Melayu ke dalam seni bina nasional. Usaha itu berjaya dan mempunyai arah tuju yang jelas di peringkal awalnya. Tetapi, pada dekad 80-an, telah muncul kelemahan seperti “seni bina belon” serta “seni bina potong dan tampal”. Puncanya ialah pemahaman yang sempit ramai ahli profesional dan akademik seni bina tentang maksud dan peranan mewujudkan identiti seni bina nasional. Bagi menanganinya, dicadangkan kajian yang mendalam mengenai elemen dan nilai yang terkandung dalam seni bina tradisional Melayu dan mengambil pengajaran dari usaha mewujudkan identiti seni bina masa lampau di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Sehubungan itu, kejayaan pergerakan “Arts and Crafts” dalam membangunkan identiti seni bina di Britain pada akhir kurun ke-19 diketengahkan agar dapat dijadikan pengajaran.

Item Type: Article
Keywords: Senibina Melayu, Senibina Nasional, Identiti melayu
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Surveying Sciences And Geomatics
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Building Surveying
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Amirza Suryati Maliki
Date Deposited: 26 Oct 2020 06:16
Last Modified: 26 Oct 2020 06:16
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item