Ciri-ciri akhlak usahawan muslim berjaya dan hubungannya dengan cara pengembangan harta serta matlamat hidup menurut perspektif Al-Qur’an

Ciri-ciri akhlak usahawan muslim berjaya dan hubungannya dengan cara pengembangan harta serta matlamat hidup menurut perspektif Al-Qur’an. Journal of Contemporary Islamic Law, 4 (1): 2. pp. 8-17. ISSN 0127-788X (2019)



Abstract

Dalam senario semasa, walaupun majoriti penduduk Malaysia adalah beragama Islam, tetapi ramai usahawanMuslim tidak mempraktiskan akhlak Islam dalam urusan perniagaan mereka. Sedangkan sebagai umat Islam, mereka wajar mengikut garis panduan akhlak yang telah disyariatkan oleh Allah SWT melalui al-Qur’an dan hadis. Justeru objektif artikel ini adalah untuk mengkaji ciri-ciri orang yang berjaya menurut al-Qur’an dan menghubungkaitkannya dengan akhlak usahawan muslim. Di samping itu, pengkaji juga menerangkan konsep matlamat hidup dan cara berkembangnya harta menurut al-Qur’an. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Kaedah yang digunakan ialah analisis kandungan dan data dianalisis menggunakan analisis tematik untuk mengeluarkan tema dan kategori-kategori yang diperlukan. Dapatan kajian mendapati matlamat hidup orang-orang muslim menurut al-Qur’an adalah untuk mencapai keseimbangan iaitu kebahagian di dunia dan akhirat. Selari dengan itu, usahawan perlu mempunyai akhlak-akhlak orang yang berjaya seperti taat kepada Allah SWT dan Rasul, mengerjakan suruhan Allah seperti solat, menunaikan zakat, menjaga amanah dan janji, menjauhi riba, mendermakan sebahagian rezeki yang diperolehinya, tidak melakukan kezaliman, jihad melalui harta benda, tidak bakhil dan sentiasa bertaubat. Malah, sekiranya usahawan-usahawan ini ingin hasilnya berkembang mereka perlu mempunyai akhlak yang suka berzakat, bersedekah, menjauhi riba, menjaga solat dan rajin membaca Al-Qur’an. Selain itu, penulis mencadangkan perlu kajian dijalankan di masa depan untuk mengaitkan usahawan yang banyak berinfak/bersedekah dengan usahawan yang berjaya.

Item Type: Article
Keywords: Entrepreneurship, Muslim entrepreneur, Successful entrepreneur, Muslim business, Etika Muslim
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 28 Dec 2020 09:18
Last Modified: 28 Dec 2020 09:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item