Bengkel Penerbitan Cerdik Niaga MASMED 2020. PARADIGMA, 3. p. 3. ISSN 26827824 (2020)
Abstract
Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) seperti yang diketahui umum merupakan sebuah organisasi yang menguruskan dan mengkoordinasi semua aktiviti berteraskan keusahawanan dalam kalangan pelajar khususnya dan staf UiTM amnya. Bagi menyemarakkan lagi usaha-usaha ke arah pembudayaan keusahawanan, Unit Keusahawanan MASMED UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat melangkah setapak lagi apabila menjalankan usaha-usaha penerbitan satu modul keusahawanan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah, masyarakat orang asli dan komuniti usahawan muda sekitar Daerah Segamat yang dinamakan sebagai Buku Panduan Fasilitator Modul Cerdik Niaga. Buku Panduan Fasilitator Modul Cerdik Niaga bakal menjadi salah satu wadah untuk warga UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat menyumbang tenaga dan ilmu keusahawanan kepada masyarakat sekeliling (memberi fokus kepada keusahawanan sosial). Selain itu, ia merupakan salah satu platform terbaik untuk warga akademik menyumbang idea dan sekaligus menambahkan bilangan penerbitan dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, satu Bengkel Penerbitan Cerdik Niaga MASMED telah diadakan pada 2 Februari 2020 bertempat di Koptown Hotel, Segamat melibatkan semua barisan penulis dari pelbagai bidang pengajian. Perlaksanaan bengkel bermula jam 8 sehingga 5 petang bagi menyiapkan/proses penyuntingan akhir Buku Panduan Fasilitator Modul Cerdik Niaga yang bakal dikeluarkan pada akhir April 2020. Penerbitan modul ini diharap dapat memupuk dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan siswa-siswi dan tenaga pengajar bagi meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan pekerjaan graduan UiTM (soft skils). Penerbitan modul ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada anggota masyarakat terutamanya penduduk setempat untuk lebih mengenali UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | MASMED Johor, Cerdik Niaga, Modul Cerdik Niaga |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Planning |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Ahmad Akmal Mohd Idris |
Date Deposited: | 09 Jul 2024 07:41 |
Last Modified: | 09 Jul 2024 07:53 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |