Keusahawanan: peranan dan sumbangan

Keusahawanan: peranan dan sumbangan. Jurnal Akademik UiTM Johor, 5. pp. 34-49. ISSN 1511-9300 (2005)



Abstract

Bidang keusahawanan merupakan suatu kerjaya yang mencabar. Mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan ini merupakan seorang yang telah bersedia untuk mengendalikan sesebuah perniagaan yang dimilikinya dan sanggup menghadapi segala risiko dalam perniagaan. Menjadi usahawan dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan bermakna kita perlu bersedia untuk berhadapan dengan kejayaan atau kegagalan. Untuk mencapai kejayaan, seseorang usahawan perlu memiliki kebolehan merubah sesuatu yang menjadi masalah pada orang ramai, tetapi pada dirinya masalah berkenaan merupakan peluang perniagaan yang menghasilkan keuntungan dan dapat menyelesaikan masalah orang ramai. Usaha mereka menubuhkan perniagaan sendiri yang mewujudkan pekerjaan pada diri sendiri dan menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain serta sifat usahawan yang sentiasa bersedia dengan cabaran, proaktif, kreatif dan inovatif untuk mewujudkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat, sebenarnya mereka ini secara langsung atau tidak langsung telah terlibat dalam usaha menjana kemakmuran dan kemajuan ekonomi bagi sesebuah negara .

Item Type: Article
Additional Information: Please refer to the librarian for assistance
Keywords: Entrepreneurship
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Idris Muhammad
Date Deposited: 01 Aug 2021 12:46
Last Modified: 01 Aug 2021 12:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item