Siswa bistari : setapak ke dunia keusahawanan

Siswa bistari : setapak ke dunia keusahawanan. Jurnal Akademik UiTM Johor. ISSN 1511-9300 (2007)



Abstract

Siswa Bistari merupakan program perintis dalam usaha untuk membudayakan semangat keusahawanan di kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini adalah usahasama diantara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johar, Johor Corporation dan Bistari Johar Berhad. Ia merupakan satu usaha penting bagi menjana dan membangunkan golongan generasi baru usahawan. Ini adalah kerana golongan siswazah merupakan kumpulan yang paling berpotensi dibangunkan menjadi usahawan kelas menengah yang berkebolehan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam membangunkan ekonomi negara. Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk dan menerap budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa melalui pendedahan kepada pengalaman praktikal perniagaan semasa di kampus. Pendedahan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan para siswazah yang berkeupayaan untuk menjadi usahawan yang berpengetahuan,bermaklumat dan bersedia untuk menghadapi persaingan dalam dunia perniagaan. Melalui program ini dihqrapkan dapat menarik minat lebih ramai mahasiswa Bumiputera untuk menceburi bidang keusahawanan di masa hadapan.

Item Type: Article
Keywords: Entrepreneurship
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Idris Muhammad
Date Deposited: 01 Aug 2021 12:47
Last Modified: 01 Aug 2021 12:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item