Pengenalan kepada bangunan dan monumen lama di Malaysia

Pengenalan kepada bangunan dan monumen lama di Malaysia. Working Paper. School of Housing, Building and Planning, USM, Perak. (Submitted) (1994)



Abstract

Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 36 tahun, kesan-kesan peninggalan daripada pihak penjajah kolonial seperti Portugis, Belanda dan British masih boleh dilihat dari pelbagai aspek. Hasil daripada penjajahan Portugis dan Belanda terutamanya di Melaka telah meninggalkan sedikit sebanyak kesan kepada kebudayaan masyarakat tempatan termasuk bahasa, makanan dan agama. Zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke 15 dan ke 16, contohnya, dapat dirasai dengan terdapatnya beberapa buah bangunan lama termasuk Pintu Gerbang Porta de Santiago (1511), Gereja St. Paul (1590), Bangunan Stadthuys (1641-60) dan Gereja Christ (1753). Penjajahan British selama lebih daripada 160 tahun di Malaysia telah mengubah berbagai aspek pembangunan negara dari sistem perundangan dan pendidikan hinggalah ke sistem ekonomi dan pertahanan. Begitu juga dengan seni bina bangunan-bangunan awam dan pejabat kerajaan. Pendekata pengaruh dari pemerintahan di zaman kolonial, terutama dari era kolonial British, masih menebal di Malaysia selepas zaman kemerdekaan hinggalah perubahan-perubahan dasar dijalankan secara beransur-ansur dan seterusnya menjadikan ia sebuah negara yang pesat membangun di rantau ini.

Item Type: Monograph (Working Paper)
Keywords: Architecture, Title, Conservation
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Building Surveying
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Amirza Suryati Maliki
Date Deposited: 17 Nov 2020 05:45
Last Modified: 17 Nov 2020 05:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item