Dondang sayang

Dondang sayang. [Website]



Abstract

Dondang Sayang merupakan nyanyian perantaraan, di mana persembahannya diiringi oleh permainan alat-alat muzik Melayu asli dan moden. Dondang Sayang dipercayai muncul di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke 15 Masihi. Perkataan nyanyi dalam lagu Dondang Sayang adalah bermaksud pantun.

Nyanyiannya akan didengar orang dengan penuh minat terletak pada kebolehan dan kecekapan para penyanyinya bersoal jawab atau berjual beli pantun. Alat-alat muzik yang mengiringi nyanyian Dondang Sayang adalah terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan dua atau tiga buah rebana iaitu rebana kompang atau rebana keras. Irama gesekan biola dapat dianggap sebagai pembuka dan pengiring utama kepada nyanyian. Sementara tingkah pukulan rebana yang diselangi dengan paluan gong merupakan pelengkap lagu.

Item Type: Website
Keywords: Muzik Tradisional, Dondang Sayang, Art music
Taxonomy: By Subject > Music > Musical Compositions
Local Content Hub: Subjects > Music
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 03 Nov 2020 07:50
Last Modified: 03 Nov 2020 07:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item