Gendang Pahang. [Website]
Abstract
Gendang Pahang merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan di akhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain.
Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian ini.
Item Type: | Website |
---|---|
Keywords: | Musical Instrument, Traditional instrument, Art music |
Taxonomy: | By Subject > Music > Musical Compositions By Subject > Music > Musical Instruments |
Local Content Hub: | Subjects > Music |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 03 Nov 2020 08:03 |
Last Modified: | 03 Nov 2020 08:03 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |