Muzik tradisional Malaysia: variasi alunan muzik tradisional Malaysia - ghazal. [Website]
Abstract
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor. Di istana, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Sehingga kini, muzik ghazal sering dimainkan di pelbagai acara atau keramaian yang diadakan di negeri Johor Darul Ta’zim.
Item Type: | Website |
---|---|
Keywords: | Muzik Tradisional, Musical instruments |
Taxonomy: | By Subject > Music > Musical Instruments |
Local Content Hub: | Subjects > Music |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 03 Nov 2020 19:53 |
Last Modified: | 03 Nov 2020 19:53 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |