Muzik tradisional Malaysia: variasi alunan muzik tradisional Malaysia - dondang sayang

Muzik tradisional Malaysia: variasi alunan muzik tradisional Malaysia - dondang sayang. [Website]



Abstract

Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.

Mengikut sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang singgah di Melaka.

Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh pemain biola yang betugas untuk membekalkan melodi kaunter dalam persembahan mereka.

Item Type: Website
Keywords: Musical Instrument, Traditional instrument
Taxonomy: By Subject > Music > Musical Instruments
Local Content Hub: Subjects > Music
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 03 Nov 2020 17:05
Last Modified: 03 Nov 2020 17:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item