Fauziah Gambus modenkan muzik gambus

Fauziah Gambus modenkan muzik gambus. [Newspaper] (2015)



Abstract

Dalam mewujudkan sektor kreatif yang dinamik, kerajaan memperkenalkan Dasar Industri Kreatif Negara bagi merangsang pembangunan kandungan tempatan sekali gus mampu menyumbang kepada pendapatan negara. Oleh itu, sebagai pengerusi seni persembahan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) memperoleh dana sejumlah RM17 juta untuk membolehkan penggiat seni mendapat manfaat melalui Program Pemangkin Jangka Pendek Seni Persembahan bagi 2012 hingga 2014. Untuk tempoh itu, sebanyak 24 projek teras baharu dengan 240 aktiviti berjaya dilaksanakan dengan gandingan pintar di antara pihak kerajaan, industri mahupun swasta. Salah satunya adalah album kedua pemain gambus wanita pertama di negara ini, Fauziah Suhaili, 26, atau cukup dikenali dengan jolokan Fauziah Gambus iaitu Hanya Satu: Fauziah Suhaili Puteri Gambus.

Item Type: Newspaper
Keywords: Muzik Tradisional, Gambus, Instrumental music
Taxonomy: By Subject > Music > Musical Instruments
Local Content Hub: Subjects > Music
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 30 Oct 2020 13:50
Last Modified: 30 Oct 2020 13:50
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item