Pengamalan muzik tradisional taboh dalam budaya Iban di Sarawak

Pengamalan muzik tradisional taboh dalam budaya Iban di Sarawak. Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS, 2 (1). pp. 71-78. ISSN 2289-2583 (2016)



Abstract

Dalam masyarakat Iban, ada sejenis muzik tradisional yang dikenali sebagai taboh. Taboh ialah bermaksud bunyi-bunyi alat muzik yang dihasilkan menerusi permainan alat muzik tradisional masyarakat Iban. Taboh mempunyai tempat yang amat penting dan istimewa dalam masyarakat Iban.Ini kerana taboh dianggap sebagai simbol identiti atau pengenalan diri orang Iban, sama ada di antara orang Iban dengan orang Iban atau di antara orang Iban dengan petara (tuhan) mereka atau kuasa-kuasa luar biasa yang lain. Taboh bukan sahaja merupakan bunyi objek yang dihasilkan melalui permainan alat muzik dan menghasilkan bunyi-bunyi yang sedap didengar, malah merupakan suatu bunyi yang mempunyai makna simbolik dan falsafah tertentu. Justeru itu, pengamalan taboh dalam budaya Iban masih relevan sehingga ke hari ini. Terdapat beberapa alat muzik tradisional taboh, iaitu gendang, engkerumong, tawak dan bebendai, namun tawak merupakan alat muzik utama yang dimainkan dalam kesemua muzik taboh Iban. Dalam budaya Iban, muzik taboh dimainkan bergantung kepada keperluan sesuatu keramaian itu, contohnya apabila masyarakat Iban mengadakan tarian Ajat, mendirikan tiang untuk pembinaan rumah panjang baru, ritual gawai bagi memberkati rumah panjang baru, menghidupkan bulan gerhana, taboh untuk ritual gawai naku antu pala, taboh memanggil petara (tuhan) turun dari langit dua minggu sebelum masyarakat Iban mengadakan ritual gawai, taboh untuk mendirikan pandong gawai, taboh untuk mengubatan orang sakit, taboh untuk ritual gawai kenyalang dan taboh untuk memberitahu ada berlaku kecemasan di rumah panjang. Tujuan muzik taboh dimainkan dalam ritu-Journal of Borneo Kalimantan, Institute of Borneo Studies, UNIMAS 72 al-ritual masyarakat Iban, kecuali ajat (tarian) dan ngajat (menari) untuk menjemput petara dan kuasa luar biasa lain untuk turun dari langit bagi memberi segala kesempurnaan kepada pekerjaan masyarakat Iban.

Item Type: Article
Keywords: Taboh, Iban Tradisional Dance, Musical intruments
Taxonomy: By Subject > Music > Musical Instruments
Local Content Hub: Subjects > Music
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 03 Nov 2020 17:59
Last Modified: 03 Nov 2020 17:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item