Peralatan muzik Melayu tradisional: sejarah muzik Melayu tradisional

Peralatan muzik Melayu tradisional: sejarah muzik Melayu tradisional. [Website]



Abstract

Asal-usul alat-alat muzik tradisional adalah masih lagi dalam kesamaran lantaran tiada bukti yang kukuh mengenai kewujudannya. Walau bagaimanapun, secara amnya muzik tradisional kita dipercayai bermula dari masyarakat primitif yang mengamalkan kepercayaan animisma. Mereka menggunakan tarian (pergerakkan) dan bunyi-bunyian (muzik) dalam upacara penyembahan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Pada mulanya muzik dihasilkan dengan suara, tepukan tangan, hentakan kaki dan ketukan kayu. Lama-kelamaan alat-alat seperti seruling mula dicipta akibat dari dorongan akal dan hasrat batin mereka untuk memeriahkan lagi upacara sembahyang mengikut kepercayaan animisma yang dianuti. Pengaruh animisma begitu dominan sekali dan penting sebagai "perlude" dalam setiap persembahan Wayang Kulit dan Mak Yong di Kelantan pada satu ketika dahulu. Namun setelah kedatangan agama Islam maka disiplin teater berkenaan telah menjadi lebih murni dan bermoral. Unsur-unsur yang disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula terhakis dan segala "jampi serapah" telah digantikan dengan "doa-doa" pendek.

Item Type: Website
Keywords: Alat muzik tradisional, Music instruments
Taxonomy: By Subject > Music > Musical Instruments
Local Content Hub: Subjects > Music
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 03 Nov 2020 18:49
Last Modified: 03 Nov 2020 18:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item