Penanaman padi secara tradisional di kedah - adat persawahan di negeri Kedah: masa turun ke bendang

Penanaman padi secara tradisional di kedah - adat persawahan di negeri Kedah: masa turun ke bendang. [Website]



Abstract

Setelah piama bendang menjelang, iaitu dalam bulan lima, sejak itu hujan mulai turun menyebar bumi. Lebih kurang sebulan lamanya dalam keadaan hanya menyebar itu, pada penghujung bulan lima itu atau pada awal bulan enam, suara seakan-akan guruh berbunyi meletus sayup-sayup kedengaran di sebelah barat. Itulah "guruh pesan" namanya.

Bahana yang berbunyi dari kaki langit itu menjadi alamat yang menunjukkan hujan akan turun. Tidak lama selepas itu hujan lebat turun disambut dengan guruh dan petir. Petir bulan itu merupakan petir yang paling merbahaya. Tiap-tiap tahun ada sahaja orang, kerbau , kayu-kayan yang menjadi mangsanya. Itulah "petir bulan lima". Hujannya disebut sebagai "hujan reput jerami" kerana hujan itulah yang mereputkan tunggul-tunggul jerami di padang. Turunnya hujan itu jugalah air mulai bertakung di dalam petak-petak sawah. Bunyi guruh pesan menandakan akan datangnya barat (musim barat atau musim hujan) itu ada juga pengecaman orang-orang tua . Kalau bahana itu datang dari arah barat laut, ia menunjukkan hujan lebat beserta angin yang kencang, dan ribut di laut. Kalau bahana itu datang dari arah barat sepat (barat benar) alamat hujan banyak tetapi angin kurang. Sekiranya dari arah barat daya datangnya bermakna kuranglah hujan pada tahun itu.

Item Type: Website
Keywords: Penanaman Padi, tradisional, Adat persawahan
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 21 May 2021 08:26
Last Modified: 21 May 2021 08:26
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item