Penanaman padi secara tradisional di Kedah - adat persawahan di negeri Kedah: kayu tenggala

Penanaman padi secara tradisional di Kedah - adat persawahan di negeri Kedah: kayu tenggala. [Website]



Abstract

Persediaan pertama dalam kerja-kerja pensawahan ialah mengadakan tenggala. Mengikut penerangan orang-orang yang ahli dalam ilmu persawahan, kayu asal yang digunakan untuk membuat tenggala ialah kayu "halban". Kononnya sebab kayu halban itu dipilih menjadi kayu tenggala ialah kerana selain daripada kayu itu liat dan teguh, pada pokok halban itu terdapat sekurang-kurangnya satu daripada alat-alat tenggala. Kalau berjumpa dengan pokok halban, sudah tentu pokok itu tidak akan menghampakan kita. Kalau pun tidak terdapat kesemua daripada alat-alat tenggala yang kelima itu (bor, nanyam, sepak, kok, dan pukang), sekurang-kurangnya satu ada juga. Itulah sebabnya kayu halban menjadi asal kayu tenggala. Ada pula yang memberi pendapat bahawa pokok halban itu dijadikan kayu tenggala kerana pokok halban itu biasanya tidak tumbuh lurus tegak, melainkan di sebaliknya.

Item Type: Website
Keywords: Penanaman Padi, tradisional, Adat persawahan
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 21 May 2021 08:29
Last Modified: 21 May 2021 08:29
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item