Christina beri jaminan pameran Art Connect diadakan di Balai Seni Lukis Sabah

Christina beri jaminan pameran Art Connect diadakan di Balai Seni Lukis Sabah. [Newspaper] (2019)



Abstract

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menyokong cadangan Pameran Seni Antarabangsa Rangkaian Laluan Sutera Baru (NSR) Asia Pasifik bagi mempamerkan 'Art Connects' yang pertama di Balai Seni Lukis Sabah pada 26 Oktober sehingga 26 November ini.
Menterinya Datuk Christina Liew memberikan jaminan itu ketika menerima kunjungan hormat dari delegasi NSR dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB) Cawangan Kota Kinabalu yang diketuai oleh Pengerusi Rangkaian NSR Prof Datuk Dr Wilson Yong di sini baru-baru ini.

"Aktiviti kreatif berkaitan dengan seni, penerbitan karya seni dan kebudayaan akan disokong oleh kementerian saya," katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pameran Seni Antarabangsa Rangkaian Laluan Sutera Baru (NSR), Art Connects, Karya seni
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Art & Design > Graphic Communication
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Mohamad Ismail Bolia
Date Deposited: 29 Dec 2020 05:02
Last Modified: 29 Dec 2020 05:02
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item