Media penyiaran: implikasinya dalam pembentukan akhlak penuntut-penuntut melayu di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia

Media penyiaran: implikasinya dalam pembentukan akhlak penuntut-penuntut melayu di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Akademika, 81 (3). pp. 3-8. ISSN 0126-8694 (2011)



Abstract

Teknologi dalam media penyiaran telah mengalami perubahan pesat dan berterusan semenjak akhir kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. Perubahan-perubahan yang berlaku menjadikan bidang penyiaran sebagai medium utama dalam menyalurkan informasi. Peningkatan teknologi sebegini amat penting terutama dalam memudahkan aktiviti dan proses komunikasi serta menjana informasi dengan kadar yang lebih efisien. Perubahan-perubahan ini merupakan kaedah baru bagaimana kerja-kerja berkaitan pemprosesan maklumat ditukarkan kepada kod-kod untuk tujuan penghantaran, penyebaran dan persembahan maklumat kepada orang ramai dalam bentuk teknologi baru. Perubahan teknologi ini semakin meningkat pada abad ke-21. Perkhidmatan internet dalam kebanyakan masa telah mengambil alih proses untuk mendapat maklumat daripada teknologi lazim. Teknik ini telah membolehkan proses pemindahan data berlaku dengan mudah dan menjimatkan masa sekaligus menambahkan lagi input informasi yang boleh dicapai. Informasi-informasi mengenai pelbagai isu di dunia seperti yang berkaitan berita, mel elektronik, perdagangan, hiburan termasuk menonton dan banyak lagi boleh dicapai dengan mudah melalui kaedah atas talian ini. Justeru, artikel ini bertujuan menilai sejauh mana pengaruh media dalam pembentukan tingkah laku remaja Melayu di Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian utama. Seramai 1,504 orang yang terdiri daripada penuntut-penuntut Melayu di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia telah dipilih sebagai responden. Secara keseluruhan, hasil analisis kajian menunjukkan pengaruh media dalam pembentukan tingkah laku remaja adalah pada tahap yang sederhana, namun data juga menunjukkan semakin meningkat penggunaan media semakin rendah akhlak di kalangan remaja. Dapatan ini diharap dapat membantu kerajaan mengoptimumkan penggunaan media ke arah yang lebih sihat dan berkesan memandangkan pelbagai persepsi negatif ditujukan terhadap media yang dikatakan memiliki pengaruh yang begitu dominan di kalangan generasi muda.

Item Type: Article
Keywords: Media, Broadcasting, Communication technologies
Taxonomy: By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Broadcasting
By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Broadcasting > Multiplatform Interactive Design
By Subject > Communication & Media Studies > Strategic Communication > New Media Communication
Local Content Hub: Subjects > Communication & Media Studies
Depositing User: Muhammad Shafiq Amirullah
Date Deposited: 07 May 2021 07:14
Last Modified: 07 May 2021 07:14
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item