Radio Malaysia Sabah dan radio Brunei Darussalam: satu tinjauan format penerbitan dan siaran. Jurnal Komunikasi Borneo, SE. pp. 101-115. ISSN 2289-859X (2015)
Abstract
Radio Malaysia Sabah dan Radio Brunei Darussalam merupakan stesen radio awam berperanan sebagai media komunikasi rasmi kerajaan. Dimensi tujahan utama kedua-dua stesen ini termasuklah mempromosi dan membuat liputan dasar, program dan aktiviti-aktiviti kerajaan khususnya dalam bidang sosioekonomi, budaya dan perpaduan selaras dengan aspirasi visi negara masingmasing. Makalah ini menyingkap kaedah format penerbitan dan siaran Radio Malaysia Sabah dan Radio Brunei Darussalam dalam mengartikulasikan strategi meuar-uar, mempromosi dan membuat liputan Wawasan 2020 untuk Sabah
Malaysia dan Wawasan 2035 bagi Negara Brunei Darussalam. Lima saluran Radio Malaysia Sabah menggalas tanggungjawab sebagai pemangkin liputan Wawasan 2020 di mana Malaysia berhasrat muncul sebagai negara maju berpendapatan tinggi mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Negara Brunei Darussalam juga menggunakan lima saluran radio sebagai wadah liputan Wawasan Brunei 2035 berkonsepkan Melayu Islam Beraja (MIB) di mana menjelang tahun 2035 Negara Brunei Darussalam berhasrat dapat menghasilkan modal insan berpendidikan, berkemahiran tinggi, ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan. Data diperlolehi melalui kajian perpustakaan, soroton literatur dan analisis kandungan jadual siaran kedua-dua stesen. Dapatan menunjukkan banyak persamaan rangkaian strategi ke atas format penerbitan dan siaran mesej pembangunan negara di samping beberapa perbezaan dari segi niche
audiens yang menjadi faktor dominan saluran radio berdasarkan falsafah penyiaran negera masing-masing.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Radio, Broadcasting, Radio Malaysia Sabah, Radio Brunei Darussalam, Wawasan 2020, Wawasan Brunei 2035, Rukun negara, Media psychology |
Taxonomy: | By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Communication Management & Policy By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Broadcasting By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Broadcasting > Radio & TV Presentation |
Local Content Hub: | Subjects > Communication & Media Studies |
Depositing User: | Muhammad Shafiq Amirullah |
Date Deposited: | 07 May 2021 08:12 |
Last Modified: | 07 May 2021 08:12 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |